Rakyat Malaysia kaya dengan warisan tradisi bangsanya yang masih wujud; dipelihara, dipulihara bahkandiamalkan sebagai suatu khazanah yang terus mekar dan segar. Permainan Tradisi ini boleh dibahagikan kepadadua jenis iaitu Permainan Anjung dan Permainan Laman.Permainan Anjung merupakan permainan yang mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung rumah sahaja dan memerlukan pergerakan yang terbatas. Contohnya; batu seremban, congkak, dam haji dan sebagainya. Manakala permainan laman pula terdiri daripada jenis permainan yang memerlukan kawasan yang luas, pergerakan yang lincah dan aktif seperti galah panjang, sepak raga, kabbadi dan sebagainya.
Sehubungan itu, permainan tradisi ini dilihat dapat merealisasikan gagasan 1Malaysia yang berteraskan bentuk seni budaya dan mempunyai “titik sentuhannya” yang tersendiri seperti dapat merapatkan hubungan antara masyarakat. Di samping itu, permainan tradisi ini juga dapat mewujudkan masyarakat yang dapat mempertahankan dan mengamalkan budaya tempatan.

0 comments:
Post a Comment